Posts

Showing posts from 2009

Syurga Dunia

Syurga dunia Dunia adalah syurga bagi mereka yang lalai dalam mengingati Allah SWT..mereka yang lalai dan alfa dalam mengejar kemewahan dunia..kemewahan yang tidak kekal, yang hanya persinggahan sementara bagi setiap manusia..dalam mengejar cita, cinta dan kemewahan dunia ini sebilangan manusia lalai dalam mengingati Allah SWT..tidak salah untuk kita mengejar kemewahan dan mencari kesenangan dunia kerana ia amatlah dituntut dalam islam..galakan dalam mencari kebahagiaan dan kesenangan didunia ini disarankan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis Baginda yang bermaksud; “..jikalau kamu inginkan kejayaan di akhirat, carilah kejayaan di dunia,..” dan juga “..jika terdapat benih ditangan mu sungguhpun engkau telah mengetahui kiamat akan berlaku pada hari esok, taburlah benih itu ketanah..” ana nak ceritakan satu kisah berkaitan monyet.. “..seekor monyet yang sentiasa mendengar arahan daripada tuannya dalam melaksanakan tugasan menjatuhkan buah kelapa dari pokok kelapa..suatu ketika monyet it

JIKA AKU JATUH CINTA! YA ALLAH

--> Ya Allah jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu, Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu, Ya Rabbana jika aku jatuh hati, Jagalah hatiku agar tidak berpaling dari hatiMu, Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahis di jalanMu, Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, Janganlah kenikmatan itu melebihi bermunajat di sepertiga malam terakhirMu, Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu, Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakn aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu Amin.. Doaku, moga kita sama-sama Berjaya di dunia dan

tips sebagai seorang mursyid

Ana rasa bagi seseorang penasyid, ciri-ciri paling tepat yang perlu ada padanya ialah ciri-ciri yang ada pada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sebab Allahyarham adalah antara insan yang paling tepat menggambarkan imej nasyid dan apa yang sepatutnya seorang penasyid ada, antara sifat beliau yang patut penasyid ikut ialah: 1. 'Alim (sehingga beliau bergelar ustaz dan sering menjadi sumber rujukan) - Mempunyai pengetahuan agama yang luas, memang sepatutnya seorang pendakwah mempunyai pengetahuan agama yang lengkap. 2. Thiqah - Beliau sentiasa menjaga cara penampilan, cara bercakap, cara berinteraksi sehingga tampak jelas kewibawaan beliau sebagai seorang pendakwah dan contoh ikutan. 3. Tawaddhu' - Allahyarham adalah seorang yang sangat tawaddhu' dan merendah diri, sehingga kekadang apabila berinteraksi dengan beliau dek kerana rendah dirinya, kita terlupa bahawa pengalaman berpuluh tahunnya dalam bidang nasyid sepatutnya sudah menjadikan beliau seorang yang sepatutnya sangat dis

cara-cara nak masuk kan layout

Image
Assalamualaikum wbt..ana akan kongsi nga semua macam mana nak upload kan layout untuk blog..InsyaAllah ana akan sediakan sekali gambar untuk memudahkan lagi.. LANGKAH PERTAMA: search kat google ataupun ape-ape medium.. "blog layout" LANGKAH KEDUA: result search google yang pertama adalah blogger layout| blogspot layout klik je web tersebut.. akan keluar. . klik pada butang yang berwarna hijau dan teruskan dengan men'download' file tersebut.. seterusnya file akan disimpan. . gambar diatas menunjukkan format file yang disimpan.. nama file adalah notebook.xml LANGKAH KETIGA: pada account anda..klik kat layout dan seterusnya edit html .. klik butang browse dan browse file yang di download di file yang telah disimpan.. kemudian.. setelah selesai..klik butang upload.. LANgKAH KEEMPAT: coding yang lama telah bertukar..klik butang confirm&save .. LANGKAH TERAKHIR: klik pada butang save template .. seterusnya..view blog dan lihatlah perubahan pada layout blog.. Wallahual

kepentingan ibadah puasa

Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH." Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa. Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan dis

kisah teladan untuk mat-mat rempit

Image
''naik salah, turun pun salah'' Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung". Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki." Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Seka

keyakinan sahabat????

Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat : 1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu. 2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu. 3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu. 4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik. 5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya. 6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya. 7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan. 8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu. 9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu. 10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu. 11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu. 12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persah

kawan, sahabat atau teman?????

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak, Apakah perlu dia pandai mengambil hati, Mestikah dia tidak mementingkan diri-sendiri, Atau, Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya, Satu halatuju dan matlamat yang selari, Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya, Atau, Adakah orang yang dapat gembira dan duka bersama, Membantu bila sahabatnya kesusahan, Atau, Seorang sahabat ialah orang yang Menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah. Dia menegur apabila sahabatnya lupa, Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya. Kenapa kita mesti ada sahabat? 1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerlukan. Ibarat nya tidak diciptakan manusia itu daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman. Cumanya, bergantung kepada individu berkenaan bagaimana ciri sahabat yang diperlukan

..cerita hati..

Salam..ini adalah kali pertama ana menc0retkan s0mething di dalam bl0g ana..ana sendiri pun tak tahu nak mula macam mana..nanti jap!!ana terfikir sesuatu ni kat benak fikiran..ana nak k0ngsi sesuatu malam ni..ana nak bercerita apa yang berlaku kat k0lej ana..bleh kan??16,17 dan 18 feb..k0lej ana ada buat pertandingan ch0ral speaking..ana tak tahu ape p0wn tentang ch0ral speaking ni..ni la first time ana masuk..ana and bebudak kelas ana hanya berlatih 4 kali je..memang susah jgak ar nak c0ntrol semua budak2 kelas ana esspecailly lelaki..susah nak dgr arahan..tapi last2 di0rang tunduk jgk..he3..best tau dapat jadi satu pasukan yang besar yang terdiri dari 68 students..fuhh!!kami nak jadi yang terbaik..nak tahu x??kami cat semua muka budak lelaki nga water c0lour..smart do..kami xde la buat macam semua 'corak' kat muka kami sama tapi kami mempelbagaikannya..ada jugak la yang macam hantu..pesta ch0ral speaking jadi macam parti badut sedunia la pulak..tapi macam mana p0wn kami amat2