Wednesday, July 29, 2009

survival laut dan jejak warisan Pulau Bidong

"terokaan seluas lautan"
merupakan cogan kata bagi Universiti Malaysia Terengganu, bertepatan dengan cogan kata yang berkaitan dengan laut menjadi kewajipan bagi pelajar tahun satu universiti ini menyertai program survival laut dan jejak warisan di pulau yang dimilikkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada UMT sebagai pusat penyelidikan akuatik iaitu Pulau Bidong. Pulau Bidong mempunyai sejarahnya yang tersendiri yakni sebelum pulau ini menjadi hak milik sepenuhnya Kerajaan Negeri Terengganu, ia merupakan penepatan sementara bagi sebilangan kecil pelarian Vietnam.
Ana merupakan kumpulan G dan trip yang ke-7 ke Pulau Bidong. Program ini memakan masa selama 3 hari 2 malam bermula dari 24-26 Julai 2009. Memang seronok pergi sana. Ini merupakan pengalaman pertama ana meningalkan tanah besar dan pengalaman pertama naik bot. Alhamdulillah ana rasa seronok sangat-sangat. Subhanallah luasnya laut ciptaan Allah yang terbentang luas. Sumber rezeki yang tiada hadnya kepada sesiapa yang menerokanya. Semasa perjalanan ada juga yang mabuk laut, ramai la jugak. Alhamdulillah ana bukan salah seorang darinya. Pulau Bidong sebuah pulau yang cantik dan indah, dijaga persekitarannya. Suasana kat sana pun nyaman. Pengalaman ke Pulau Bidong hanya dapat dirasi oleh pelajar-pelajar yang berdaftar di UMT sahaja. Memang rugi ar ana nak katakan kepada sahabat-sahabat yang mendapat tempat di UMT tapi tak datang ke UMT. Tapi ana tak boleh cakap macam tu kerana kita tak tahukan rezeki kita kat mana. Survival laut nama pun dah gerun bagi sesetengah orang, pergi kat sana bukannya survival sangat pun biasa-biasa je. Makanan dah disiapkan, khemah dah disiapkan dan segalanya yang lengkap lah. Cuma satu je yang memang survival ana pergi kat sana sehari semalam ana tak bilas badan dengan air tawar. Hanya mandi air laut je.Fuhh..memang tak selesa la..
Banyak sangat pengalaman yang nak ana kongsikan, terutamanya sembahyang kat atas pasir pantai tanpa alas. Sebelum ni ana belum pernah rasa lagi macam mana Rasulullah dan para sahabat serta umat islam terdahulu sembahyang kat atas pasir padang pasir yang panas dan kering kontang.Kat pantai pasir tak de la panas sangat kan. Biasa-biasa je..
Lagi pengalaman manis ana kat pulau yang indah, snorkeling. Memang best sangat-sangat. Kalu kita hanya fikir yang kat darat pemandangannya dah terlalu cantik, tapi kat dasar laut pemandangan yang jarang-jarang kita lihat. Subhanallah cantiknya.. Dengan coral, hidupan laut. Sebelum ni trip sahabat-sahabat ana ke sana dapat bertemu dengan iakn "nemo". Tapi ketika ana snorkeling ana tak jumpa dengan "nemo". Walaupun tak jumpa nga nemo tapi ana sempat jumpa dengan jentera pemabinaan yang besar tengelam di dasar laut. Menurut cerita dari fasilitator disana jentera itu merupakan jentera yang ingin dihantar ke Pulau Redang untuk tujuan pembinaan disana. Menurut fasilitator lagi jentera itu terjatuh dari kapal lalu terdamparlah di Pulau Bidong. Alhamdulillah ana dapat nikmati keindahan ciptaan Allah dibawah permukaan air. Sememangnyamasih banyak lagi 'alam' ciptaan Allah yang perlu kita terokai. Snorkeling yang memakan masa selama satu jam setengah terasa sekejap je. Sekejap tapi ana dapat menikmati keindahan ciptaan Allah yang amat indah. Aktiviti snorkeling merupakan aktiviti pertama group ana iaitu group udang. Selepas snorkeling adalah aktiviti yang ana memang minat, memancing. Tapi memancing yang ini berbeza, kalau sebelum ni ana hanya memancing kat sungai atau kuala, hari ini ana akan memancing di tengah lautan. Alhamdulillah hasil usaha kesabaran ana kat atas bot walaupun hampir-hampir nak mabuk laut tapi berhasil jugak, ana dapat jugak seekor ikan kerisi. Besar la jugak..he3.. Memancing tak hilang rasa puas, dah nak naik ke darat. Walau macam mana pun ana dah ada pengalaman memancing kat tengah-tengah lautan. Selepas aktiviti memancing, kami terus untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu berkayak.
Ana pernah jugak sekali berkayak lepas matrik kat taman rekriasi rumah sahabat baik ana, hadi. Tapi yang ni berkayak dalam tasik.Kat Pulau Bidong ni..berkayak dalam laut..fuhhh.. Ana tak boleh nak bayangkan macam mana. Luasnya laut ciptaan Allah.. Penat la jugak berkayak kena lawan arus ombak lagi. Lepas ni kalau boleh tidur, ana nak tidur puas-puas. he3.. Banyak sangat aktiviti hari ni, selepas penat berkayak melawan arus ombak, aktiviti kami diteruskan lagi dengan 'jungle traking'. Bertambah la lagi kepenatannya. Ana bersyukur kerana hutan di Pulau Bidong mash lagi terpelihara. Kami di bawa untuk melawat tempat ataupun kampung-kampung tinggalan pelarian Veitman.
Sebenarnya banyak lagi la pengalaman yang nak ana kongsikan dengan sahabat-sahabat semua. Nanti ana balik cuti mid-sem ni 13 Ogos, InsayaAllah kalau ada kesempatan ana akan ceritakan..
Wassalam..

No comments:

Post a Comment