Saturday, October 31, 2009

first meeting AJK Surau 09/10

assalamualaikum wbt..selepas pembubaran jawatan oleh AJK surau yang lama, maka bermula lah tanggungjawab ana bersama AJK lain menjalankan tugas untuk pembangunan insan pelajar kolej kediaman Tok Jembal UMT..tugas yang diserahkan kepada kami teramatlah berat..amanah dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan keatas kami akan kami jalankan dengan sebaiknya..abe me (Azman), selaku pengerusi surau yang baru bagi sesi ini..kita sama-sama belajar untuk berorganisasi..ana dan kawan-kawan yang lain akan memberikan komitmen yang sepenuhkan untuk menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh unit kerohanian..ana berharap dibawah kendalian abe me akan lebih mantap dari sebelum ini..insyaAllah..bimbingan dan teguran amat kami perlukan terutama daripada senior AJK surau dalam memikul amanah ini..organisasi yang kami akan bawa ini bukanlah seperti organisasi-organisasi yang lain..ini adalah organisasi yang berlandaskan islam..untuk menegakkan agama Allah SWT..
“ketahuilah bahawa setiap dari kamu adalah pemimpin. Masing-masing kamu akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin..”
(Hadis riwayat Ibn Umar)

malam ini adalah kali pertama kami bermesyuarat..mesyuarat ini dikendalikan oleh abe me..objektif utama mesyuarat malam ini adalah untuk sesi ta’ruf antara AJK, pembentangan oleh AJK lama abg pian dan abg idris dan juga perbincangan tentang “summer champ”..”summer champ” ataupun camping organisasi ini adalah bertujuan untuk mendedah AJK surau yang baru dilantik untuk memimpin organisasi yang akan dibentuk..
sememangnya kami memerlukan banyak lagi ilmu untuk memimpin..diharap program ini akan memberikan input yang berguna untuk kami..insyaAllah..
apa yang paling penting dalam berorganisasi adalah ukhuwah diantara kami..ana berharap agar Allah merapatkan ukhuwah diantara kami..
Ya Allah engkau berikan kami kekuatan untuk kami beroganisasi, Engkau mantapkanlah iman kami yang rapuh ini, Engkau ikatkan kami dengan ikatan ukhuwahfillah..amin...

No comments:

Post a Comment