Posts

Showing posts from 2011

Suami Soleh

Image
. [Suami Soleh Suami Idaman] Hak-Hak Seorang Isteri dari Suami nya. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasul nya dan dapat pula membimbing isteri nya. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatan nya. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya. Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

Marhaban Ya Ramadhan

Image
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah diberikan umur yang panjang untuk kita terus beribadat. Bulan Ramadhan merupakan pesta untuk kita menuai ganjaran pahala sebanyak-banyaknya. Antara amalan yang disarankan oleh Rasulullah SAW pada bulan Bulan Ramadhan ialah menghidupkan setiap malam dengan mengerjakan solat tarawih, bertadarus, menjamu hidangan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, melakukan qiamullail, dan sebagainya. [Mendirikan Solat Sunat Tarawih] Disini penulis ingin berkongsi beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain serta ganjaran pahala puasa pada bulan Ramadhan ini. Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ialah; Bulan Ramadhan adalan bulan keampunan . Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon keampunan dariNya. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "barang siapa yang

Suami Soleh Suami Idaman

Image
Lelaki idaman adalah… Lelaki idaman adalah… Seorang lelaki yang beriman… Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah… Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam… Yang sentiasa haus dengan ilmu… Yang sentiasa dahaga akan pahala… Yang solatnya adalah maruah dirinya… Yang tidak pernah takut untuk berkata benar… Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu… Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah… Lelaki idaman adalah… Lelaki yang menjaga tuturkatanya… Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya… Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya… Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang… Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang… Lelaki idaman adalah… Lelaki yang menghormati ibunya… Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga… Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam… Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan… Kerana dunia baginya adalah rumah sementara men

Resipi Cinta: Puding Gula Hangus

Image
Assalamualaikum wbt..posting kali ni penulis nak memasak pulak eh..hehe.. jom kita masak makanan yang simple tapi sedapppp... Antara bahan2 utama 1. 3 sudu besar gula pasir 2. 1 tin susu pekat 3. 7 biji telur ayam 4. 1 cawan air Cara-cara menyediakan 1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair. Lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. 2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata baru masukkan air. 3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi. Boleh kukus sampai masak. Kukus tu dalam 45 minit. 4. Sejukkan didalam peti sejuk. Bila dah sejuk terlangkupkan. Jadi boleh lah dijamu.. Jom Rasa!!!!! Pasti Sedapppppppp

Syaaban Bulan Rasul

Image
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.” Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama). KEUTAMAAN SYAABAN : Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.” Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maks

Dosa-Dosa Besar dan Dosa-Dosa Kecil yang menjadi Besar

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)”. An Nisaa: 31 Hidup sebagai pilihan Ayat di atas adalah adalah salah satu dari delapan ayat, yang dikatakan oleh Ibnu Abbaas r.a. sebagai berikut: “di dalam surah ini [surah an Nisaa] terdapat delapan ayat yang menjadi pangkal kebaikan bagi umat ini, sepanjang siang dan sepanjang malam”. Ayat-ayat itu dimulai dengan firman Allah SWT: “Allah hendak menerangkan (hukum syari’at-Nya) kepadamu”. (An Nisaa: 26) “Dan Allah hendak menerima taubatmu”. (An Nisaa: 27) “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu “. (An Nisaa: 28). Selanjutnya: “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya”. Ayat-ayat yang mulia di atas menjadi pangkal kebaikan bagi masing-masing individu umat Islam sepanjang hari-hari yang ia lewati. Karena ayat-ayat t

KELUARGA IMPIAN

Image

Senyuman Seorang Guru

Image
Pengorbanan seorang insan yang bergelar guru amatlah besar, sebesar tanggungjawab yang digalas dibahu kanan dan kiri. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna suatu hari kelak di tambahkan lagi dengan tanggungjawab utama iaitu tanggungjawab dengan keluarga yang perlu dipikul sekali. Beratnya bebanan seorang guru. Namun begitu tugas guru adalah pekerjaan yang paling mulia. Tidak terdetik hati seorang guru untuk menerima pembalasan dari anak didiknya atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Hanya dengan niat untuk membangunkan insan yang berguna khasnya agama dan umumnya untuk bangsa dan negara. Hanya senyuman yang paling indah terpancar di wajah seorang guru apabila melihat anak muridnya berjaya. “Alhamdulillah. Dah berkerjaya anak murid aku sekarang ni.” Bisikan hati seorang guru dengan senyuman panjang lebar. Senyuman menandakan kebahagiaan dalam diri seorang guru apabila melihat anak didik yang di ajar dengan titik

Adab Berkawan

Image
Mengenali kawan anda boleh membuatkan suatu pertemuan itu indah dan perpisahan pedih. Antara ciri-ciri kawan yang baik: 1. taat kepada perintah Allah 2. baik budi pekerti dan bersopan santun 3. sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji) 4. berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya 5. tidak mendedahkan keburukan kawan 6. berlapang dada menerima teguran dan nasihat kawan 7. sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan Semua sifat-sifat ini penting dalam memilih kawan. kawan memainkan banyak peranan dalam hidup kita. Dengan siapa kita berkawan itulah yang mencorakkan kehidupan kita. Baik kawan kita maka baiklah peribadi kita, buruk kawan kita maka buruklah kita. Antara cara beradab dengan kawan: 1. sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah 2. menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakitkan hati 3. saling nasihat menasihati kearah kebaikan 4. jujur dan ikhlas dalam persahabatan 5. sentiasa bersangka baik dengan kawan Susahnya nak mencari k

Freedom Lyrics by Maher Zain

Freedom Lyrics by Maher Zain Gathered here with my family …My neighbours and my friends Standing firm together against oppression holding hands It doesn’t matter where you’re from Or if you’re young, old, women or man We’re here for the same reason; we want to take back our land Oh God thank you For giving us the strength to hold on And now we’re here together Calling you for freedom, freedom We know you can hear our call ooh We’re calling for freedom, fighting for freedom We know you won’t let us fall oh We know you’re here with us No more being prisoners in our homes No more being afraid to talk Our dream is just to be free, just to be free Now when we’ve taking our first step Towards a life of complete freedom We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there Oh God thank you For giving us the strength to hold on And now we’re here together Calling you for freedom, freedom We know you can hear our call ooh We’re calling for freedom, fighting for

Ambilah Langkah Pertama

Ambil langkah pertama dalam perjuangan. Anda tidak harus melihat seluruh tangga, ambil saja langkah pertama . -Dr. Martin Luther King Jr. Mengapa Dr. Martin mengatakan kalimat ini? Banyak orang yang terhenti langkahnya atau tidak mengambil tindakan karena mereka selalu bertanya “nanti bagaimana?” Jika tidak melihat langkah-langkah selanjutnya, mereka tidak mau bertindak. Apa penyebabnya? Penyebabnya adalah karena takut. Ketakutan bahwa tidak akan bisa melangkah lagi setelah langkah pertama diambil. Sehingga daripada mengambil tindakan dan sia-sia, akhirnya tidak mengambil tindakan. Padahal kita sudah mendapat contoh dari nabi Musa as. Dengan ketawakalannya beliau tetap berlari padahal di depan beliau adalah laut. Meski Nabi Musa as tidak tahu langkah selanjutnya, tetapi beliau tetap mengambil langkah pertamanya, yaitu berlari. Selanjutnya beliau menyerahkan segalanya kepada Allah. Seperti saat nabi Musa as dikejar pasukan Fir’aun. Pengikutnya sudah khawatir akan tersusul, na