Posts

Showing posts from August, 2011

Suami Soleh

Image
. [Suami Soleh Suami Idaman] Hak-Hak Seorang Isteri dari Suami nya. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasul nya dan dapat pula membimbing isteri nya. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatan nya. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya. Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

Marhaban Ya Ramadhan

Image
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah diberikan umur yang panjang untuk kita terus beribadat. Bulan Ramadhan merupakan pesta untuk kita menuai ganjaran pahala sebanyak-banyaknya. Antara amalan yang disarankan oleh Rasulullah SAW pada bulan Bulan Ramadhan ialah menghidupkan setiap malam dengan mengerjakan solat tarawih, bertadarus, menjamu hidangan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, melakukan qiamullail, dan sebagainya. [Mendirikan Solat Sunat Tarawih] Disini penulis ingin berkongsi beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain serta ganjaran pahala puasa pada bulan Ramadhan ini. Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ialah; Bulan Ramadhan adalan bulan keampunan . Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon keampunan dariNya. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "barang siapa yang