Saturday, October 1, 2011

baru sekarang aku mengerti


"baru sekarang aku mengerti" tersirat maksudnya tu. apa yang saya nak ceritakan disini merupakan perbuatan yang saya lakukan sebelum ini terhadap guru saya. dulu dalam kelas, masa dalam kelas masa cikgu cakap, "semua salin apa yang saya tulis ya!". tapi apa yang saya buat adalah sembang dengan kawan dekat sebelah, tak endah pun apa yang guru suruh. kerja tak buat, bagi homrwork tak siap, suruh jawab di hadapan tak dapat jawab dan banyak lagi lah. sekarang saya dah pun berusia 21 tahun, matang sedikit untuk mengetahui perasaan orang yang ada di sekeliling kita. bagaimana sifat-sifat masyarakat di sekeliling. manusia hanya hitam rambut semua sama, tapi hati, pandangan, pemikiran semua itu lain-lain. ada sesetengah manusia yang boleh menerima semua lontaran negatif dan ada juga yang tidak boleh menerimanya.


tapi ada juga sesetengah manusia yang saya jumpa, selalu saja nak cari lontaran yang positif terhadap dia, kadang-kadang tu dia sendiri yang "masuk bakul angkat sendiri".
astaghfirullah dah jauh saya terbang. balik kepada cerita asal tadi. masa dulu saya tak tahu ape itu perasaan, sedih, gembira, duka, kecewa cuma dalam diri saya hanya tahu perkataan gembira. semua benda yang dilakukan hendaklah gembira. kata guru tak diambil peduli, siap kutuk cikgu pun ada. "astaghfirullah, apa yang dah saya lakukan kepada guru saya dulu?". kerana guru yang mendidik saya, sehingga saya menjadi seoarang insan yang berwawasan, seorang insan yang mempunyai akhlak. minggu ni masuk minggu kedua saya menjadi cikgu tuisyen part time di pusat bimbingan skor A. pelbagai perangai pelajar yang saya jumpa, ada yang datang tuisyen kerana terpaksa, yang hanya mendengar apa yang ibu bapa suruh, ada juga yang datang bukan untuk belajar tapi untuk berkawan sahaja, ada juga yang datang kerana nak mencari ilmu dan nak berjaya. pelajar yang datang yang buka atas kerelaan diri ni la yang menjadi masalah sikit. biasa buat bising dalam kelas, kacau kawan yang nak belajar, bergurau dan pelbagai kerenah mereka. tapi yang datang dengan kerelaan mereka ni lebih menumpukan diri kepada ilmu, setiap ilmu yang dicurahkan kepada mereka diguna sebaik yangmungkin. waktu kelas tuisyen yang hanya satu jam setengah digunakan sebaik yang mungkin. kadang-kadang timbul dalam diri saya kekecewaan terhadap mereka, tapi apa saya boleh buat. cuma dapat beri mereka nasihat supaya buka buku, salin itu saja.
saya rasa bersyukur sangat sebab saya mengajar di pusat tuisyen ini. sekurang-kurangnya saya dapat rasa apa yang telah saya buat kepada guru saya sebelum ini. perbuatan jahat yang kita lakukan kepada orang lain, suatu hari nanti balasan yang akan kita terima sama dengan apa yang telah kita lakukan itu.

No comments:

Post a Comment