Posts

Showing posts from November, 2009

JIKA AKU JATUH CINTA! YA ALLAH

--> Ya Allah jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu, Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu, Ya Rabbana jika aku jatuh hati, Jagalah hatiku agar tidak berpaling dari hatiMu, Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahis di jalanMu, Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, Janganlah kenikmatan itu melebihi bermunajat di sepertiga malam terakhirMu, Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu, Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakn aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu Amin.. Doaku, moga kita sama-sama Berjaya di dunia dan

tips sebagai seorang mursyid

Ana rasa bagi seseorang penasyid, ciri-ciri paling tepat yang perlu ada padanya ialah ciri-ciri yang ada pada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sebab Allahyarham adalah antara insan yang paling tepat menggambarkan imej nasyid dan apa yang sepatutnya seorang penasyid ada, antara sifat beliau yang patut penasyid ikut ialah: 1. 'Alim (sehingga beliau bergelar ustaz dan sering menjadi sumber rujukan) - Mempunyai pengetahuan agama yang luas, memang sepatutnya seorang pendakwah mempunyai pengetahuan agama yang lengkap. 2. Thiqah - Beliau sentiasa menjaga cara penampilan, cara bercakap, cara berinteraksi sehingga tampak jelas kewibawaan beliau sebagai seorang pendakwah dan contoh ikutan. 3. Tawaddhu' - Allahyarham adalah seorang yang sangat tawaddhu' dan merendah diri, sehingga kekadang apabila berinteraksi dengan beliau dek kerana rendah dirinya, kita terlupa bahawa pengalaman berpuluh tahunnya dalam bidang nasyid sepatutnya sudah menjadikan beliau seorang yang sepatutnya sangat dis