Syurga Dunia

Syurga dunia
Dunia adalah syurga bagi mereka yang lalai dalam mengingati Allah SWT..mereka yang lalai dan alfa dalam mengejar kemewahan dunia..kemewahan yang tidak kekal, yang hanya persinggahan sementara bagi setiap manusia..dalam mengejar cita, cinta dan kemewahan dunia ini sebilangan manusia lalai dalam mengingati Allah SWT..tidak salah untuk kita mengejar kemewahan dan mencari kesenangan dunia kerana ia amatlah dituntut dalam islam..galakan dalam mencari kebahagiaan dan kesenangan didunia ini disarankan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis Baginda yang bermaksud;
“..jikalau kamu inginkan kejayaan di akhirat, carilah kejayaan di dunia,..” dan juga “..jika terdapat benih ditangan mu sungguhpun engkau telah mengetahui kiamat akan berlaku pada hari esok, taburlah benih itu ketanah..”
ana nak ceritakan satu kisah berkaitan monyet..
“..seekor monyet yang sentiasa mendengar arahan daripada tuannya dalam melaksanakan tugasan menjatuhkan buah kelapa dari pokok kelapa..suatu ketika monyet itu diarahkan untuk memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan buahnya..tetiba datangnya angin taufan yang amat kuat menyebabkan moyet hampir terjatuh dari pokok kelapa..dengan tangan yang penuh kekuatan monyet memegang dahan kelapa, monyet itu terselamat dari terjatuh..kegairahan monyet itu menjatuhkan buah kelapa..dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa membelai menyebabkan monyet berasa tenang, selesa dan senang..dalam ketenangan dan kebahagiaan monyet menyelami kelembutan hembusan angin telah melupakan monyet itu akan taufan yang kuat, menyebabkan monyet itu melepaskan tangan dari dahan kelapa, lalu jatuhlah monyet itu ke tanah dalam keadaan bahagia dan senang..”( kisah dari Ust Rahmat dalam cerita “Sang Murabbi” )
intisari dari kisah monyet ini, dalam kelalaian monyet menikmati kesenangan, monyet lupa akan kesusahan yang telah dialami sehinggakan monyet terjatuh dari pokok kelapa yang tinggi dengan senang..ikhtibar yang dapat kita ambil dari cerita ini adalah monyet itu ibarat manusia, ketika manusia dalam kesusahan mereka akan sentiasa menyebut nama Allah SWT dan mengamalkan segala perintahNya, namun ketika kesenangan yang diberikan oleh Allah SWT, manusia akan melupakan Allah SWT yang memberikan segala rezeki dan kemewahan..
sebagai manusia yang selalu lalai kepada suruhan dan perintah Allah SWT kita hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT dalam senang dan susah kita..dengan ilmu yang cetek ana menulis, segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu juga dari Allah SWT tapi disandarkan kepada hamba yang hina ini, wallahualam..
SEKIAN..

Comments

Popular posts from this blog

kawan, sahabat atau teman?????

KISAH BAU KASTURI DAN ZINA

kepentingan ibadah puasa