Marhaban Ya Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah diberikan umur yang panjang untuk kita terus beribadat. Bulan Ramadhan merupakan pesta untuk kita menuai ganjaran pahala sebanyak-banyaknya. Antara amalan yang disarankan oleh Rasulullah SAW pada bulan Bulan Ramadhan ialah menghidupkan setiap malam dengan mengerjakan solat tarawih, bertadarus, menjamu hidangan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, melakukan qiamullail, dan sebagainya.

[Mendirikan Solat Sunat Tarawih]

Disini penulis ingin berkongsi beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain serta ganjaran pahala puasa pada bulan Ramadhan ini.
Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ialah;
  1. Bulan Ramadhan adalan bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon keampunan dariNya. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah maka diampunkan baginya segala dosa yang telah lalu."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  2. Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam mana yang lebih baik dari seribu bulan. Segala amalan yang dilakukan pada malam itu akan digandakan pahala amalanya.
  3. Bulan yang padanya permulaan penurunan Al-Quran. Al-Quran merupakan kitab suci bagi agama islam yang menjadi mukjizat sehingga hari khiamat. Al-Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka, selagi mereka terus berpegang teguh akan kitab suci Al-Quran. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar. Oleh itu, untuk mendapatkan keberkatan Al-Quran janganlah kita sekadar bertadarus Al-Quran atau sekadar membacanya semata-mata dengan tujuan untuk mengkhatamnya. Yang paling penting kita haruslah memahami maknanya dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup sehingga ia menghidupkan minda, perasaan, qalbu, penghidupan, masyarakat dan negara.
  4. Bulan pintu dibuka syurga dan ditutup pintu neraka. Pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ia adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
  5. Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaita-syaitan akan dibelenggu. Tiada makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia kearah kemungkaraan. Tetapi manusia masih mempunyao nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari malakukan kemungkaran. Pada bulan ini juga, kita perlu berjihad untuk melawan nafsu kita sendiri.
  6. Bulan pahala yang digandakan. Segala amalan kebaikan yang dilakukan pada bulan ini walaupun sekecil zarah akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti bersedekah, berselawat, berzikir, membaca Al-Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain.
  7. Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurnikan kepada hamba-hambaNya.
[Berzikir dan Berselawat]

Dengan puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini, Allah menjanjikan ganjaran pahala kepada hambaNya. Antara ganjaran pahala berpuasa bulan Ramadhan ialah;
  1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dari makanan yang haram).
  2. Rahmat Allah SWT sentiasa dekat dengannya.
  3. Diberi oleh Allah SWT sebaik-baiknya amal.
  4. Dijauhkan dari rasa lapar dan dahaga.
  5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
  6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
  7. Allah SWT akan memberinya kemulian di surga.
Semoga ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadhan kali ini mendapat keberkatan dari Allah.

Sunber Rujukan.
[1] Syahrizal, Pesta Menuai Ganjaran Pahala Ramadhan, 28 Ogos 2009. Kata Lukman Al-Hakim.
[2] Ramadhan Yang Mulia, Ganjaran Pahala Puasa Pamadhan, 11 Ogos 2009. Ramadhan Yang Mulia.
[3] Nik Thoha, Kelebihan Bulan Ramadhan, 16 Ogos 2010. Layar Sukses (dot) com.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kawan, sahabat atau teman?????

kepentingan ibadah puasa

KISAH BAU KASTURI DAN ZINA