Friday, June 17, 2011

Adab Berkawan



Mengenali kawan anda boleh membuatkan suatu pertemuan itu indah dan perpisahan pedih.
Antara ciri-ciri kawan yang baik:
1. taat kepada perintah Allah
2. baik budi pekerti dan bersopan santun
3. sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
4. berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
5. tidak mendedahkan keburukan kawan
6. berlapang dada menerima teguran dan nasihat kawan
7. sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan
Semua sifat-sifat ini penting dalam memilih kawan. kawan memainkan banyak peranan dalam hidup kita. Dengan siapa kita berkawan itulah yang mencorakkan kehidupan kita. Baik kawan kita maka baiklah peribadi kita, buruk kawan kita maka buruklah kita.

Antara cara beradab dengan kawan:
1. sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah
2. menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakitkan hati
3. saling nasihat menasihati kearah kebaikan
4. jujur dan ikhlas dalam persahabatan
5. sentiasa bersangka baik dengan kawan
Susahnya nak mencari kawan yang mana apabila kita bersamanya kita rasa terhibur dan bila bersamanya kita juga merasai kesedihan. Seharusnya kita yang memulakan semua adab ini dengan kawan dan melakukan dengan ikhlas. InsyaAllah kawan kita akan melakukan perkara yang demikian keatas kita.

Antara kelebihan-kelebihan berkawan dengan orang yang baik:
1. mendorong melakukan perkara kebaikan
2. dapat mencontohi kebaikannya
3. dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar
4. medidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah..

Ya Allah, Ya Tuhanku Engkau kurniakanlah daku dengan kawan, teman yang dapat mendorong akau kearah redhaMu. Engkau jauhkanlah aku dengan perkara-perkara yang Engkau mungkiri, bahawasanya kami adalah hamba yang lemah..

No comments:

Post a Comment