Senyuman Seorang Guru



Pengorbanan seorang insan yang bergelar guru amatlah besar, sebesar tanggungjawab yang digalas dibahu kanan dan kiri. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna suatu hari kelak di tambahkan lagi dengan tanggungjawab utama iaitu tanggungjawab dengan keluarga yang perlu dipikul sekali. Beratnya bebanan seorang guru. Namun begitu tugas guru adalah pekerjaan yang paling mulia. Tidak terdetik hati seorang guru untuk menerima pembalasan dari anak didiknya atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Hanya dengan niat untuk membangunkan insan yang berguna khasnya agama dan umumnya untuk bangsa dan negara. Hanya senyuman yang paling indah terpancar di wajah seorang guru apabila melihat anak muridnya berjaya.

“Alhamdulillah. Dah berkerjaya anak murid aku sekarang ni.” Bisikan hati seorang guru dengan senyuman panjang lebar.

Senyuman menandakan kebahagiaan dalam diri seorang guru apabila melihat anak didik yang di ajar dengan titik peluh lahir sebagai insan yang berguna untuk masyarakat.

Sesungguhnya jasa seorang guru amat bernilai dan tidak mampu untuk dibayar dengan wang berjuta.

Comments

Popular posts from this blog

kawan, sahabat atau teman?????

kepentingan ibadah puasa

KISAH BAU KASTURI DAN ZINA